Rabu, 15 Ogos 2012

Isnin, 28 November 2011

Flat 3A


Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan di berikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut. Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari di lakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali di ganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah di ganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah. Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Terkejut Fiqah apabila hantu kanak kanak yang asyik mengekorinya itu kelihatan seperti Fatin.


                        

Selasa, 8 November 2011

...Dalam Botol

Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dah Ghaus merupakan pasangan bercinta sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah identiti dirinya kepada Ruby. Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan oleh Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun perhitungan Ruby itu salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seorang wanita sekali gus memutuskan perhubungan dengan Ruby. Tanpa diduga, hormon lelaki dalam Ruby kembali menyerlah dan dia kembali menjadi Rubidin. Malah Rubidin mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi dan mereka merancang untuk berkahwin

 

Isnin, 7 November 2011

CUN

Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.
Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.
Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’


Jumaat, 4 November 2011

Seru

 
 Mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk "Jangan Bernafas". Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba, pelbagai kejadian aneh dan peristiwa berlaku, diluar jangkaan mereka. Padanya mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa dan kru di sebalik pembikanan filem tersebut, ingin menjadikannya sebagai "footages" menarik untuk tujuan promosi filem tersebut. Namun, seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan juga pembunuhan, menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal.... tetapi kamera yang digunakan, masih terus merakamkan aksi yang terjadi .  Apakah seterusnya bakal terjadi kepada kumpulan tersebut, mampukah mereka mengelak daripada dirasuk dan diburu entiti yang tidak diketahui?. Nantikan kesudahan filem SERU, yang akan menemui penonton pada 28 April 2011. Antara barisan pelakon ialah Awal Ashaari, Pierre Andre, Nora Danish, Shaarnaz, Qhaud AF7, Dazrin, Sufian Mohamed, Nisha Dirr, Khatijah, Cut Mutia, Dewa Sapri dan ramai lagi.                         


Tolong.............Awek aku puntianak



Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.

Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.

Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu? Semuanya akan terjawab dalam filem `Tolong! Awek Aku Pontianak!’. 

   

Selasa, 1 November 2011

Alamak.....Toyol

Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.
Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.
Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.

                                     

Klip 3GP

Eddie pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya – tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang jurnalis yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah jatuh mangsa kepada ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.
Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri.
Lebih dari itu, Sandra satu hari telahdiperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet –dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.

                                                    

Bini-biniku Ganster

   Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.
Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri.Anda saksikanlah filem ini sendiri.


Isnin, 31 Oktober 2011

MISTERI JALAN LAMA

  Cerita ini mengenai dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan.